Powered By Blogger

Monday, 14 November 2011

Apa nak jadi anak remaja zaman sekarang nie.wat malu negeri jer..

MANJUNG: Mereka dihiburkan dengan tarian ghairah oleh sekumpulan gadis cantik sebelum dikumpulkan di dalam satu dewan besar untuk menjalani satu ‘ritual’ khas bagi ditauliah menjadi ahli pertubuhan kongsi gelap.
Itu antara sesi angkat sumpah yang dilalui 307 orang termasuk remaja berusia 17 tahun sebelum ditahan dalam satu operasi oleh Bahagian Siasatan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) negeri di sebuah resort di Teluk Batik, di sini, malam kelmarin.
Difahamkan, 307 individu berusia dari 17 hingga 30 tahun itu berkumpul di resort berkenaan mulai jam 8 malam kelmarin lengkap memakai kemeja-T dengan logo pertubuhan itu.

Berselindung di sebalik program Hari Keluarga, acara itu dikendalikan sekumpulan individu dipercayai ahli kumpulan gengster untuk merekrut ahli baru.
Difahamkan, peserta program itu datang dari seluruh negara untuk menyertai kumpulan berkenaan dan mendaftar masuk di resort bermula jam 3 petang kelmarin.

Sunday, 6 November 2011

lama gila x post benda merepek nieh.......

hope korang enjoy ngan cerita2 lawak yang direka khas dan ada yang dicopy khas juga....


NENEK TUA


Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”. Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”. Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis”. “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..”






SEORANG PEMBURU DAN SINGA


Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu: “Ah leganya… singa baik rupanya. Lepaskanlah aku.”
Singa: “Ya… singa yang baik selalu baca doa sebelum makan, amiiinn…”






MAYAT




Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya… tangannya pon sedang menunjukkan tanda “peace”…




CERMIN MATA


Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: ” Doktor, selepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?” “Dah tentu”, jawab doktor. “Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki itu dengan riang.






BI


Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer…! Apasal hah?
Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat
bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah
abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.




Anda Tahu Siapa Aku? 



Seorang lelaki sedang asyik memancing di sebuah kolam. Seseorang mendekatinya.”Banyak dapat ikan, kawan?” tanya orang itu.
“Wah, luarbiasa sekali! Semalam saja aku mendapat 30 ekor ikan yang besar-besar.”
“Hm, anda tau siapa aku?” “Tidak,” jawabnya.
“Aku pemilik kolam ini.”
“Dan anda tau siapa aku?” tanya lelaki itu cepat-cepat.
“Tidak.”
“Aku pembohong besar di kota ini.”




Malas Ke Sekolah

Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Salim…Salim…bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

Salim: Alah mak… Salim tidak mahu pergi ke sekolah!

Ibu: Apa? Tidak mahu pergi sekolah?! Baik… Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah.

Salim: Semua murid-murid tak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tak suka pada Salim!

Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!”

Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.

Ibu: Eh…eh…bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik…. Pertama: Salim sudah berusia lima puluh tahun….. Kedua: Salim kan PENGETUA SEKOLAH….!!!”






hope u all enjoy your holiday

Saturday, 5 November 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA RAKYAT MALAYSIA

gila arh,,,lama gila x updat bendalah nie,,,sori ar,,,pekse  loll,nak skor four flat nieh,,,,pegh,,

Tuesday, 24 May 2011

bye2 IPOH

ni lagu yang TENGKU DIRA suka sangat,,aku terpaksa letak,,lagu cerita CINTA MELODY.
bye2

aku budak PASUM

sebenarnya aku tak masuk pon lagi PASUM nie.
aku harap PASUM ni bakal mengubah hidup aku.
ni ayat orang PASRAH je nie.
Adoi pasni tak boleh tengok cerita JUVANA,NORA ELENA dengan ASMARA 2 dah
lagi satu cerita CINTA MELODY pon terlepas
demi mengejar cita2 aku di PASUM.


Actually,aku ni Budak SAINS FIZIKAL,
budak baru belajar.
otak dah 5 bulan tak pakai.
Budak2 PASUM,ni ha BIODATA aku sikit,



NAMA; Mior Faizzuddin B Mior Badrul Munir
ASAL; IPOH
SEKOLAH; SERATAS TAIPING
HOBI; Memasak,siram pokok bunga,mengaji,on9


Thursday, 19 May 2011

bermulalah zaman BUSY

OFLINE from FB,MYSPACE and also BLOG



JUMPA cuti semester nanti



Satu benda jer ONLINE jer memanjang


Telefonku OK,

BYE

haha,,,,aku dah wat keputusan

yeah,,,akhirnya UM menjadi pilihan ku,.
BYE2 UTP walaupun TENGKU DIRAA nak sangat aku masuk UTP
katanya dekat la,apala,blah blah



Sapa suruh UTP mahal sangat,
Bapak aku bukan la org kaya sangat nak hantar aku p sana.
Tapi tak apalah,moga di PASUM nanti aku berjaya untuk mencapai cita2 ku.



Seronok melihat kesungguhan family aku nak hantar aku pg UTP.
Tapi dah tak ada rezeki,apa boleh buat.PASUM ok apa.
Dah la dekat KL,memang hanyut la aku kat sana,harap2 aku tak hanyut la,aku nak timbul jer.



Ramai member aku nak fly dah,,,aku jer x de rezeki macam depa,
tak apalah,duk MALAYSIA bagus apa,,aman damai
Ramai amoi kat malaysia nie,tu aku suka belajar kat sini.



Harap aku akan dapat pick up dengan lajunya dekat PASUM nanti,
maklumlah otak aku dah 5 bulan tak pakai,dah dipenuhi anasir2 jahat.
Kawan2 ku tak kira dimana kalian berada,jangan lah lupa kat aku ni yerk..

Monday, 9 May 2011

BUNTU gila hidup nie

AKU TENGAH STRESS GILA SEKARANG NIE.
aku tak pandai memilih antara 4 choice untuk aku sambung nie.
EH,tambah satu lagi la,jadi 5 CHOICE untuk aku pilih ni


Antara tempat yang telah menawarkan tempat aku sambung belajar adalah seperti berikut:
1.Kolej MARA Kuala Nerang(UNIKL FIST)
2.Kolej Matrik PENANG
3.Universiti Malaya(ASASI SAINS FIZIKAL)
4.UTP(FOUNDATION MECHANICAL ENG)

ni ha pilihan kelima aku reka sendiri

DUK UMAH BERNIAGA BURGER SAMPAI AKU KAYA.


Mana yang patot aku pilih 1 SAMPAI 5

Monday, 2 May 2011

aku seorang yang kuat

Tadi,,,aku dan rakan2 entiitiku ingin menyingkap misteri disebalik sebuah cerita misteri di MALAYSIA

FILEM SERU
Lakonan Sharnaaz Ahmad

Filem pertama yang hero mati jugak last last

WTF




Filem ni tak ada la cuak sangat,

sebagai orang kuat ENTITI MERU,

Filem ini biasa2 jer,


Tak takot pon,cuma terkejut jer,


Sori kawan2 entitiku MAGET,ALI,MUBIN,IJAT dan ATIQ,


Cerita ni wat aku tak leyh tido malam ni doe,


Teringat waktu deme kene bunuh satu satu tuh,


SERAM GILA BABENG nya.


Aku tahu aku sorang je yang jerit tadi,TAPI kome pon nak jerit gak kan.


NGAKU JE la YOP.


AKU BERSUMPAH NI FILEM SERAM TERAKHIR TONTONAN AKU.

Wednesday, 27 April 2011

EARTH HOUR

Semalam,
MERU bergelap gila,
di kesempatan itu aku mengambil peluang,
untuk merakamkan aktiviti paranormal sekitar rumah aku,


Ternyata malam itu sungguh gelap sehinggakan aku terakam sesuatu
yang mengejutkan pelbagai pihak,
nak TENGOK tak



Anda nampak atau tidak aktiviti paranormal di rumah aku ni
ini antara yang sempat dirakam sebelom ia menghilangkan diri.

Aku pon pelik kenapa kawasan rumah aku tak ada letrik,

padahal aku sedang online ketika itu


Inilah kawasan kejadian aku online dan tiba2 terpadam lampunya.

Macam mana x jahanam kom macam ni.

Ketika tidak ada letrik ni la aku mengenal erti kesusahan,
makan dalam gelap,pegi tandas dalam gelap,semua la dalam gelap.


Nampak macam program BERSAMAMU pulak,
Macam program SINGGAH SAHUR ada gak.


Nampak stylo tak,romantik gila lah MERU malam tuh

Tuesday, 26 April 2011

hari yang meletihkan gila

Wooo,,pagi pagi buta dah kene bangun nak pergi UTP ada apa benda namanya.EDUCAMP..Bunyi macam budak educated gila la.Pagi2 lagi aku menuju kesana dengan menaiki kereta,cadangnya nak bawak tetapi biarlah bapak aku yang bawak.Aku gerak ke sana dengan mubin al-gonje serta membernya sorang dak MRSM Langkawi.



Bapak aku memang memecut dengan laju semata mata hendak menghantar anaknya menuntut ilmu di sana.Interview je baru la.Sampai sana memang dah ramai gila orang,semua pandai2 aku rasa la.malas nak sembang la aku terdengar ada melayu sembang sama melayu dalam BI,kelam gila ar,mencabar kehebatan aku speaking london nie.




UTP ni bukan la cantik mana pun..Kecik gila la,jalan sikit dah sampai dah.Aku dan rakanku tadi pergi la daftar sekejap dekat tempat daftar tuh,dia ada bagi satu TAG tahu tak,yang peliknya aku daftar bersama sama rakanku,tapi aku dapat tag yang HURUF lain2,memang aku tension sikit la.Tapi aku redha.



lepas seisi daftar ada la sorang bro nie suruh kami masuk dalam chancellor hall coz ada ceramah.Dalam banyak2 bangunan kat UTP,chancellor hall je la yang cantik,yang lain semua hampeh.Nak tahu ,yang bagi ceramah pagi tu ialah NAIB CHANCELLOR UTP,naib je pon tapi berlagak cakap BI lebey,cakap BM gagap x tahan tuh.Pengaruh ENGLISH EDUCATION banyak sangat.





Selepas ceramah yang membosankan dengan sesi gagapan dia tuh kami semua kene bergerak ke BLOK B dekat UTP tuh.Kat situ la interviewer berlonggok nak interview kita pun.Aku yang terpaksa berpisah bersama rakan2,terpaksa la mencari rakan sekepala yang lain agar aku boleh survive interview nie.Dok tengah cari member2 sekepala,terjumpa la nie,memang sekepla betui,dia pon tengah cari geng mencarut nie.Interview kali nie lain macam sikit,dia dalam group yang satu group 5 orang.Macam biasala ,orang ensem mesti perempuan segan kan,so xde perempuan dalam group aku,semua laki2 sekepala agaknya.



Kami terpaksa membincangkan tentang TRAFFIC JAMMED,cara penyelasaian dia,kaedah dia,apa jadah lagi la,..Yang seronok masa Group discussion adalah masa nak TIKAM member la,memang tak boleh jawab tuh..Tapi aku tak kejam,aku masih seorang yang penyayang,kami bincang yang simple jerk.Sesudah group discussion,kelihatan yang interviwer pon dah ngantok je,,lapar gila la.dari pagi tak makan apa2 pon.



Kami ke khemah jamuan,hampeh tinggal sisa2 je untuk kami,aku dengan nada lapar pon pergi la makan jugak dengan berbekalkan air tawar yang disediakan UTP,aku minum jugak.MEMANG dalam hati terdetik,UTP ni x mampu ke sediakan KFC untuk kami..Aku tertenggong je la tunggu JIMMY,ZARIFF,AIMAN semua,dengan SYIFA habis interview,COZ malam ni kita ada plan yang sungguh baik punya,,pergi ke stadium tengok PERAK lawan KL.



Dah tertongeng tonggeng dalam MASJID UTP,akhirnya mereka yang berkenaan habis interview,lebih kurang pukul 5 jugak la,memang lama gila aku tunggu mereka yang berkenaan sampai sempat jumpa EZZA EZATI lagi dekat UTP ni.PERUT macam biasala lapar gila.KITA singgah dekat SERI ISKANDAR sekejap untuk melantak sebelum meneruskan perjalanan ke MEDAN GOPENG untuk mengambil si kurus,Cik Rubi dan si jelita,Cik Muni untuk dihantarkan ke rumah SYIFA di Gunung RAPAT,ceruk IPOH.



Jam menunjukkan pukul 715 malam,aku dengan JIMY bercadang untuk menunaikan fardu JAMAK di surau atau masjid berdekatan sebelum ke stadium tengok bola,.Selepas itu,aku dengan JIMMY sampai awal gila dekat stadium dan memang malam tuh orang tak berapa ramai,sebab sebelum ni kan PERAK kalah,,Kami menunngu ketibaan kawan kawanku dari SERATAS yang lain yang berjanji untuk hadir pada malam itu.Ramai jugak la,YUS,HARIZ KP,MAGET,GORn,ATiQ,JIMMY dengan AKU memang penyokong setia SILVERSTATE ULTRAS.



Berbaloi gila bayar tiket malam tuh,8 gol masuk,Keputusan penuh Perak menang 5-3.

Tuesday, 19 April 2011

Mengapalah ada pengadil yang lalok kat MAlaysia nie

Tanggal 19April,bagi rakyat negeri perak semestinya kita akan bercuti untuk menyambut HARI KEPUTERAAN SULTAN PERAK.Tetapi bagi peminat2 bolasepak tentunya terarah ke arah Stadium Perak untuk menyaksikan perlawanan antara Perak vs Terengganu.


Aku bertolak dari rumah pukul 825 memang agak lambat la tapi semangat bola begitu memuncak aku tetap meneruskan perjalanan ke stadium.Aku kene ambik Megat,Ali dengan Firas sekali.Mak Firas pon pelik dah pukul 835 baru nak pegi stadium.


Dengan berbekalkan EVO 10 aku nie,aku memcut laju walaupon jam menunjukkan pukul 840 dah.5 minit wey nak start bola.Denan kelajuan 140 kmj,kami tiba ke stadium agak lambat pukul 850.Kami pon kelam kabut cari parking dan akhirnya jumpa tempat parking yang paling strategik untuk dicalarkan atau dipecahkan orang lain iaitu parking berlapis.Korang mesti paham kan parking berlapis macam mana.


Tengah kelam kabut menuju ke stadium,hampeh ramai ag tengah beli tiket rupanya.Terpaksa la beratur membeli tiket.Sedang2 membeli tiket kedengaran sorakan penyokong Perak menjerit GOLLLLLL..Hampa btul la datang lambat dah gol dah.Sedang kami mencari tempat duduk yang sesuai tiba2 terserempak dengan Gorn,Meor,Idan,Teweng,Fit dan OBOM.Terus je la duk situ,DAtang memang lambat la,minit 15 baru masuk stadiumnya.RUGi tak dpat tengok gol macam mana.Ramai gak la yang datang malam nie,lebih kurang 20K.





Ni ha tengok,ramai ke tak,nak cari parking pon susah.Tapi kenapa la ada ref yang bengong memberikan penalti kepada terengganu walaupon di luar kotak nye pon tackle nyepelik2 je ref zaman sekarang ,rabun jauh ke pon,dia tak nampak line kot.Gelagat ref memang kene maki la dengan gang ULTRAS perak.Elok2 perak leh menang terus hancuss.Coach pulak masukkan PLAYER no 4 tuh wat apa..Aku main lagi better dari dia taw.haha.Keputusan Perak 1 Terengganu 1.Better luck next time.



Ni muka penyokong2 ULTRAS yang terkuat taw x.Haha Next game cadang nak duk grandstand la.Bukan mahal pon.Siap ada buffet lagi kat grandstand aku tengok dari jauh.






Buat SERATASIAN,cuba teka ni badan sape.TEWENG,IDAN,FIT,OBOM and MAGET.Ada ke masa tengah tengok bola boleh sembang pasal U apa nak masuk..HAHA.Memang SERATASIAN.Perlawanan tamat dengan kekecewaan.Seri la pulak.Sume salah REF.Dengar citer ref ni orang penang,bini dia orang ganu.Patut la BUYERS gila.





Balik macam biasa la kene cepat ckit,kalau tak kene calar la kereta,Dah taw aku parking berlapis takkan nak belah lambat2 pulak.Nasib baik kereta sihat walafiat jer.Jalan memang JAMMED la,Ada la nampak kelibat Polis Trafik 5 6 orang,Ala time Perak main jela depe nak wat keje nya pon,Hari laen deme goyang kaki jer.Ntah2 polis ni yang saman aku aritu.Lebih kurang 25 minit baru la lancar sikit,POLIS lambat buat kerja.


Habis game,perut pon lapar kami gerak ke NAINA MERU la,pekena roti canai dengan sirap layan wohh..



Dah pukul 12 lebeyh rasanya kami pon balik la,nak tido.Better luck next time PERAk

Saturday, 16 April 2011

KISAH POLIS TERLAMPAU

Aku sebenarnya agak tertekan dengan gelagat polis di bandaraya IPOH ini,adalah satu kejadian yang menimpa diriku yang kesunyian lalu mengambil keputusan untuk ke Jaya Jusco Kinta city untuk menenangkan fikiran.

tetapi sesampainya di JJ,aku berfikir dua kali,aku nak parking dalam ke parking luar.Lama jugak aku fikir,dan mengambil keptusan untuk parking luar sahaja.Dah berpuluh kali aku pergi JJ aku parking kat luar jer.Nak save RM1 kalau parking dalam.


Bebekalkan duit yang tersangatlah sedikit nie,aku ronda2 jer kat dalam JJ tuh.Tengok amoi2,minah2 rempit jalan2.Lebih kurang 20 minit selepas itu ataupun 30 minit la,aku terasa bosan dan rasa macam nak gerak tempat lain.Aku pun chow pegi tempat aku parking tadi.


Daripada jauh kelihatan sayup2 keretaku seolah olah melambai ke arah tuannya ini.Daripada jauh juga aku terlihat terselit sehelai kertas di viper keretaku.Di dalam fikiranku mungkin itu sekadar pamplet JUALAN MURAH ker,RUMAH UNTUK DISEWA ker..Malang tidak berbau sesampai nya di kereta dan lantas mengambil kertas itu aku terlihat perkataan POLIS DIRAJA MALAYSIA.



Aku mencarut seribu bahasa dan lebih malang lagi masa saman itu dikeluarkan adlah pada pukul 1128 minit pagi sedangkan aku tiba di kereta adlah pada pukul 1135 pagi.Korang pikir la betapa luluhnya hatiku.Nilai saman dengan 5 minit sahaja.Hatiku pedih melihat saman itu tertera SILA BAYAR SEBELUM 28 april.Terasa nak nangis.



Dari dalam kereta aku terlihat dua org pegawai polis itu sedang menyaman kereta dihadapanku.Aku fikir kalau lah aku cepat 5 minit,tentu aku dapat bersalam dengan abang polis itu.Aku nak away from keyboard buat beberapa hari kerana masih terkejut.




Mungkin aku perlu menggunakan basikal semula seperti zaman persekolahanku dulu.JOM layan fixie balik.XNAK MEREMPIT,XNAK bawak kereta dah.

Friday, 15 April 2011

Alhamdullillah aku tak dapat MARA

sebenarnya aku sedeyh gila kerana tak terpilih interview  MARA.Seperti yang kita semua tahu universiti di Malaysia ni kekurangan lelaki yang hensem yang boleh menambat hati wanita seperti aku.Tapi,kenapa mereka memandangku sebelah mata sahaja.Sedeyh,hati pilu,jiwa nerd dah kembali nie,


Tapi,ada aku kesah.Mungkin rezeki aku di tempat lain.Aku akan pastikan MARA menyesal seumur hidup kerana tak bagi aku biasiswa.Ingat bagus sangat ke MARA.Cuba korang naek bas MARA LINER,goyang2,tak selesa.Itu membuktikan yang MARA ni bukan la bagus sangat.Tak apalah,biarlah ALLAH yang menentukan aku dapat biasiswa apa.


WEI,apa semua nie.Patutnya aku HAPPY sebab aku dah pakai SONY ERICCSON VIVAZ.8GB
Harganya bukanlah mahal sangat pun 850 jer.Kamera 8 MP,memang puas doh,skrin HD,macam astro beyond la.yang penting dia bukannya ANDROID.Sekarang ni aku terpaksa meninggalkan NOKIA 5200 aku yang tersayang.Banyak kenangan kita bersama,aku ngorat awek ,aku maen game,aku  kol pakcik sekolah memandu semuanya pakai NOKIA 5200.SAYANG bai.

Thursday, 14 April 2011

orang dah bergaji selalunya bongkak

Aku nak beli enset tapi tak tahu nak beli jenama apa,model apa??
banyak jenama yang telah aku pakai dan kali ini berbekalkan gaji aku yang masih tebal ini aku nak try la pakai yang mahal sikit.

korang bagilah aku cadangan aku nak beli henset apa??
Tapi,aku memang minat gilalah sebuah telefon pintar la sangat nie,XPERIA X10,pegh harganya pon leyh tahan,habis gaji sebulan gamaknya,Ate dah teman sekarang pon pakai NOKIA 5200 je pon nak jugak rasa XPERIA X10.TUH yang kat atas tuh.Tapi malangnya adalah sorang makhluk tuhan nie dah pakai enset jenis nie.Aku tak suka la sama2.Macam gay der.


Aku terpaksa la menukarkan citarasa aku kepada yang lebih bertamadun cikit punya enset.XPERIA gak tapi XPERIA X8 jer






ESOK bertempat di Greentown mall bermula la acara aku beli enset nie,aku x pasti aku sembang lebat ke tak,tapi aku semalam mimpi aku pakai blackberry bold 

atas desakan peminatku yang tersayang,aku ada blog

by the way,thanks to the god with his gracious and merciful im still live in this world.Actually thanks to all my fans thats always suport me from behind for me to create this blog.I know that i am BLIND IT.BUT,for all my fans i try harder to make this blog,yeah,for the first time.i want to say thai i very NGANTOK wei.Since morning i never sleep tite.Early of the morning i send my mother to work because i want to use the car.Actually,the car is mine,but my mother is very NGADA2 want me to be her driver.




DAH LA BI TUH,mentang2 nak interview dah,practice skit,,tunjuk power.


NI LA DIARI AKU HARI INI


630 pagi

keadaan masih ngantok,aku gagahi diriku bangun untuk sembahyang,walaupun hati ini terasa seperti hendak bermimpi lagi,terpaksa kupendamkan perasaan ini untuk menghantar mak ku ke sekolah,namapun cikgu.Macam biasa la IPOH pagi2 dah jammed da,tension.


730 pagi


aku sampai dirumah,niat dihati nurani ini ingainku tidur kembali,tetapi mataku masih segar dek penangan air sembahyang.Aku online jap,untuk memabalas segala comment fans2 ku yang ramai.I LOVE u all.GELI sial




900 pagi


aku tak mandi lagi,sebab pagi nie nak pegi lost world la wei..aku pagi2 lagi memecut laju  dengan berbekalkan evo aku ke rumah MUBIN,lepak umah dia.mcm biasa la tunggu member lain dtang,semua nak tumpang EVO 10 aku nie.Di rumah mubin aku sempat bermain gitar lagu JUSTIN BIEBER,never say never.
Lebih kurang pkul 930 kita gerak la,nak kene g manjoi lak amik IJAT genji,rambut gaya sakai.Bapak dia ada kedai runcit tanpa permit,POLIS x pernah wat serbuan,,salute bapak dia




1020 pagi


aku yang memecut laju bagaikan ALEX YOUNG memandu di lebuhraya pada kelajuan 130 kmj,,nak cepat punya pasal,,takut ramai orang kat LOST WORLD.Sampai2 kat lost world,tersa diri ini sangat bodoh kerana umpama kami bersembilan sahaja yg bermandi manda di situ,mana org lain der.PATOT ar awal lagi 1020 baru,lost world bukak pukul 11.mcm hare sape planning g awal2.




1100 pagi


tiket masuk ke lost world mahal haram jadah,RM 38 ,Aku rasa leyh beli goreng pisang untuk drmakan kat rumah anak yatim pon boleh.Tapi berbekalkan semangat DANIEL BEGO aku x kesah,gaji nak dekat seribu,XKAN xmampu 38 jer..Aku dan rakanku disambut oleh jelitawan lost world yg bgitu mengancam.Terasa diri ini bgaikan anak raja disambut begitu.




sesampai di dalam los world,aku pon mandi la,,dari pagi tak mandi bai..pegh..bes..mandi mcm takde org jer..tapi yg malangnya kalau tak ramai orang tak boleh nak cilok pelampung la.RUGI 12 rgit taw,semua tempat kami jelajahi sehinnga aku ngantok nie




300petang


kami bersiap2 pulang,perut lapar gila bai.Kita orang gerak MCD drive through dekat ngan jusco tuh.AKU order double MCCHICKEN jer,,lapar gila yg x tahan ali amik kau order sampai dua,,LAPAR tahap tenuk apa,DOUBLE filet o fish dengan mc chicken..MEMANG ANAK ORANG KAYA.






ITULAH diariku hari ini,sebenarnya banyak lagi,tapi aku ngantok gila bai,,,nie aku taip sambil tidor nie,,korang tak caye cer datang umah aku..Nanti aku story la lagi buat kalian peminat2 ku,