Aku sebenarnya agak tertekan dengan gelagat polis di bandaraya IPOH ini,adalah satu kejadian yang menimpa diriku yang kesunyian lalu mengambil keputusan untuk ke Jaya Jusco Kinta city untuk menenangkan fikiran.
tetapi sesampainya di JJ,aku berfikir dua kali,aku nak parking dalam ke parking luar.Lama jugak aku fikir,dan mengambil keptusan untuk parking luar sahaja.Dah berpuluh kali aku pergi JJ aku parking kat luar jer.Nak save RM1 kalau parking dalam.
Bebekalkan duit yang tersangatlah sedikit nie,aku ronda2 jer kat dalam JJ tuh.Tengok amoi2,minah2 rempit jalan2.Lebih kurang 20 minit selepas itu ataupun 30 minit la,aku terasa bosan dan rasa macam nak gerak tempat lain.Aku pun chow pegi tempat aku parking tadi.
Daripada jauh kelihatan sayup2 keretaku seolah olah melambai ke arah tuannya ini.Daripada jauh juga aku terlihat terselit sehelai kertas di viper keretaku.Di dalam fikiranku mungkin itu sekadar pamplet JUALAN MURAH ker,RUMAH UNTUK DISEWA ker..Malang tidak berbau sesampai nya di kereta dan lantas mengambil kertas itu aku terlihat perkataan POLIS DIRAJA MALAYSIA.
Aku mencarut seribu bahasa dan lebih malang lagi masa saman itu dikeluarkan adlah pada pukul 1128 minit pagi sedangkan aku tiba di kereta adlah pada pukul 1135 pagi.Korang pikir la betapa luluhnya hatiku.Nilai saman dengan 5 minit sahaja.Hatiku pedih melihat saman itu tertera SILA BAYAR SEBELUM 28 april.Terasa nak nangis.
Dari dalam kereta aku terlihat dua org pegawai polis itu sedang menyaman kereta dihadapanku.Aku fikir kalau lah aku cepat 5 minit,tentu aku dapat bersalam dengan abang polis itu.Aku nak away from keyboard buat beberapa hari kerana masih terkejut.
Mungkin aku perlu menggunakan basikal semula seperti zaman persekolahanku dulu.JOM layan fixie balik.XNAK MEREMPIT,XNAK bawak kereta dah.
jom lawan fixie
ReplyDeletekesian.. :D
ReplyDeletebhahaha...kerana seringgit ko kne byar beringgit ringgit...berkira sgt!
ReplyDeleteaku tak tahu pon polis tengah memerlukan duet sekarang..saja saman tak tentu pasal
ReplyDelete